Share

Belum hamil & perlukan pil gugur

Anda boleh dapatkan ubat gugurkan kandungan lebih awal dan mengambilnya sebaik sahaja anda dapati anda hamil.

Menyediakan akses kepada ubat gugurkan kandungan sebelum ia diperlukan membantu mengatasi pelbagai kekangan dan membolehkan wanita dan individu hamil mengakses pengguguran semasa usia kehamilan masih awal.

Apabila anda sudah bersedia untuk menggunakan ubat gugurkan kandungan, sila hubungi kami dengan segera supaya kami boleh membimbing anda mengenai proses pengguguran.

Langkah 1: Mulakan konsultasi anda

Mulakan konsultasi anda dengan menjawab beberapa soalan tentang kesihatan anda. Semua maklumat yang anda kongsi dengan kami adalah sulit dan dilindungi.

Selepas menghantar borang konsultasi, anda akan menerima emel yang mengesahkan bahawa kami telah menerima permohonan anda. Jika anda tidak menerima emel ini, sila semak 'folder spam atau junk' emel anda.

 Langkah 2: Hantar sumbangan

Emel pengesahan dari kami akan disertakan dengan arahan tentang cara memberikan sumbangan

Dalam tempoh 24 jam selepas menghantar sumbangan, anda akan menerima satu lagi emel bahawa doktor perubatan telah meluluskan permohonan anda.

Langkah 3: Tunggu sehingga ubat gugurkan kandungan anda tiba

Dalam tempoh 24 jam selepas kelulusan permohonan, ubat gugurkan kandungan akan dihantar ke rumah anda. Anda akan menerima emel dengan nombor penjejakan (tracking number) supaya anda boleh menjejak pesanan anda.

Helpdesk atau meja bantuan kami tersedia 24/7 untuk membantu anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila emel kami di info@womenonweb.org